suhaini
May 19th
Female
Malaysia






:: Member Teratak ::
Yassin
Kiki

:: Communication Link ::

:: Link Information::

:: Favorite Link::

:: Bank Link::

:: Farovite Mobile ::


Jom Main Games


Name :
Web URL :
Message :





   

<< February 2010 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

Thursday, May 17, 2007
kesunyian ini terlalu pahit untuk di telan





Suami yg ku cintai dan ku sayangi

Walaupun kami berjauhan pi hati ku tetap padanya.



Nukian Hati ku


Hanya padamu ku serahkan
segalanya kau bertahkta
di nurani anggun cinta
mu abdi

Hanya pada mu petama dan terakhir
pohon cinta ku merendang
di sirami kasih suci.

Jiwa ku di palu
Gemersik tak terkira hampir  ku terlena
dalam belaianmu, Cinta mu selembut sutera
menjadi saksi kasih ku
tiada dua hanyalah satu
kau yang ku cintai....







Posted at 02:18 pm by suhaini
Comments (3)  

Tuesday, April 24, 2007
Persandingan kat Johor



Hari Penantian bergelar seorang isteri kepada Nurul Firdaus 1 April 07
di masjid Jamek Pasir Gudang Johor. Penantian yg sungguh mendebarkan..


   

Gambar nie ketika acara makan beradab bersama dengan family Hubby.  Happy betul lah hubby haini nie.. senyum sampai ke telinga..





Sebelah haini tu Mummy Aulia tau.. dan sebelah husband haini pula suami aulia.. yang depan kita org tu tu lah ayah haini tak nampak pula.. emak tak dapat nak bersama sebab emak haini sakit.. so ada kat dlm umah jak.. sekali sekala bol lah keluar..jengok besan..




Ini gambar bersama dengan ibu dan ayah mertua haini.. Tak sabar nak menjamu selera pi tengah tunggu org baca doa dulu..

  








Posted at 11:38 am by suhaini
Comment (1)  

Hari Yang Penuh Kebahagiaan


Posted at 10:15 am by suhaini
Make a comment  

Monday, February 12, 2007
Demi Masa

Subject: 'DEMI MASA' manusia selalu terlupa

 
1hari=24jam
Satu
TAHUN ?
12 Bulan
52 Minggu
365 Hari
8760 Jam
525600 Minit
31536000 Detik

Distribusi normal manusia meninggal dunia (tahun)
< 60th
> 70th
60th - 70th
(65th)

Chart
Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti) Puratanya manusia meninggal ± 65 th
"Baligh: Start untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia"
      Laki-laki Baligh ± 15 tahun
      Wanita Baligh  ± 12 tahun
Usia Yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:

Mati - Baligh = Baki Usia, :~ 65 - 15 = 50 tahun


50 tahun digunakan untuk apa?


Catatan:


50 tahun=
18250 hari=
458000 jam
      12 jam siang hari
      12 jam malam hari
                  24 jam satu hari satu malam


Gambaran kasarnya:
Mari kita muhasabah bersama..... ....!


Waktu kita tidur ± 8 jam/hari ;
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam= 146000 jam= 16 tahun 7 bulan; dibulatkan jadi 17 tahun
Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya... ...
 
Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jam
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:
18250 hari x 12 jam= 219000 jam = 25 tahun
Aktiviti disiang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah, ada yang makan sambil jalan-jalan, dan banyak lagi.
 
Waktu rehat ± 4 jam
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun
Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan.... .


17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun

Lalu Bila Nak Beribadah???
Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud; "Tidak KUciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU".
Maut datang menjemput tak pernah bersahut,
Malaikat datang menuntut untuk merenggut,
Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,
Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,
Terimalah habuanmu seadanya..
Memang benar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi kebanyakannya belajar agar mudah mencari pekerjaan. Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak akan belajar...
Memang benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana? Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.
" Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya "
 
Lalu Bila Nak Beribadah???
Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi... !
Karena kita fikir; solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga...
Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima !!?
 
Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun???
1 solat = ± 10 minit ..... 5x solat = ± 1 jam
Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai utk solat = 18250 hari x I jam =18250 jam= 2 tahun
 
Kesimpulan: waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat ( ini kalau yg solat 10minit! Kalau solat macam ayam patuk tanah..amacam? ) 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita....itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima.
Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun; dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris orangtua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang selalu bergelumang dosa...
 
Logiknya:
Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian... .........
Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana..... .......
 
Penyelesaian:
Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!! !!!!!
Ingatlah negeri kita...Akhirat

TAMAT
"Bukan suatu paksaan untuk di sebarluaskan"

"Saling mengingatkan sesama bukanlah hal binasa''



Posted at 12:34 pm by suhaini
Make a comment  

Friday, February 09, 2007
Jangan, jangan dan Jangant

Pengajaran Buat Insan Bergelar Hamba Allah

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air.
tanpa memakai alas kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar
najis,
mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam
bekas yang pecah atau sumbing
Makruh kerana ia membahayakan

Jangan biarkan pinggan mangkuk yg
telah
digunakan tidak berbasuh
Makruh dan mewawari kepapaan.

Jangan tidur selepas solat subuh,
nanti rezeki mahal, Kerana pagi
itu membuka pintu berkat.

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH
dan doa makan,
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.

Jangan memakai sepatu atau selipar
yang berlainan pasangan
makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH.
dalam setiap kerja kita. Nanti.
Kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal Kecewa pula.

Jangan menangguh taubat bila berbuat
doas kerana mati boleh datang
bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf
pada ibubapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.


"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."





Posted at 09:59 am by suhaini
Make a comment  

Azab Anak Derhaka Hadapi Sakaratul Maut

CERITA BENAR - AZAB ANAK DERHAKA HADAPI SAKARATUL

Sebaik sampai ke pintu wad, jeritan Jalal menerpa ke telinga saya. Jeritannya sungguh kuat kerana azab dan sakit yang ditanggungnya tidak = mampu ditanggung lagi. Saya percepatkan langkah menuju ke katilnya. Di sisi = katil saya lihat ahli keluarga Jalal sedang menangis tersedu-sedu. Jelas = mereka panik dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan, kecuali melihat Jalal menggelepar kesakitan dan berdoa semoga Jalal cepat sembuh. Di katil = pula, Jalal meraung dan meronta
sambil tangan dan kakinya terikat kemas di = katil.

"Terima kasih ustaz sebab sudi datang bantu kami. Saya dah tak tahu apa = nak buat. Dah seminggu lebih adik saya macam ni," kata salah seorang abang kepada Jalal sebaik melihat saya sampai.

Sebelum itu mereka menghubungi saya melalui telefonmeminta saya segera datang untuk membantu menyembuhkan penyakit adik bongsu mereka itu.

"Apa sakitnya ni?" tanya saya. "Entahlah ustaz, doktor pun tak tau."

Sedang kami berbual, tiba-tiba sekali lagi Jalal menjerit kesakitan. = Kali ini jeritannya cukup jelas di pendengaran saya. Jeritannya menakutkan = dan menyedihkan.

"Emak, ampunkan saya mak. Panaaaassss. Saya sakit mak,sakiiiiittttttt! Tolonglah emak, ampunkan dosa saya."Berserta raungan yang dilepaskan = sekuat hati, tubuh Jalal menggelepar seperti dipanggang di dalam api yang = marak. Mukanya berkerut sementara matanya terbelalak akibat azab yang amat = pedih. Semua yang ada di wad berkenaan memandang ke arah kami. Jeritan itu menyebabkan saya tertanya-tanya. Apakah yang menyebabkan Jalal jadi sedemikian rupa? Apa pula
kaitan antara penyakitnya itu dengan ibunya?

"Panggil ibunya segera," kata saya.

Namun kata-kata saya itu tidak dijawab. Ahli keluarga Jalal cuma = terdiam, menundukkan muka atau
berpandangan sesama sendiri.
"Kenapa ni?" tanya saya.

Dengan perlahan abang Jalal bersuara, "Ustaz, ibu kami baru sahaja = meninggal dunia dua minggu lepas."

"Kalau macam ini susahlah sikit. Saya rasa mungkin Jalal ada melakukan kesalahan besar kepada ibunya,sebab itulah dia menanggung azab yang = begini rupa.Dalam keadaan macam ini, cuma ibunya saja yang dapat membantu," = kata saya berterus terang.

Mereka cuma mendiam diri sementara jeritan Jalal semakin kuat. Saya = semakin ingin mengetahui puncanya kerana dengan latar belakang itu insya-Allah = saya boleh cuba carikan jalan lain untuk meredakan kesakitan Jalal.

"Ceritakanlah kepada saya apa yang sebenarnya telah berlaku."

"Ustaz, sebenarnya adik saya ini sudah derhaka kepada arwah ibu kami," = jawab salah seorang daripada mereka.

Dengan tenang, tapi air mata bergenang abang Jalal menceritakan kepada = saya kisah yang sebenarnya,kisah yang cukup menyayat hati saya. Menurutnya, Jalal adalah anak bongsu daripada mereka enam beradik, empat perempuan = dua lelaki dan di kalangan mereka,
Jalallah yang mempunyai kelulusan yang = lebih tinggi. bagaimanapun, sejak kecil hinggalah dia bekerja dan seterusnya berkahwin, Jalal sentiasa sahaja melawan dan menyanggah kata-kata = ibunya. Nasihat dan teguran ibunya pula dipandang rendah serta tidak diendahkan.
Syurga anak di bawah telapak kaki ibunya. Walaupun berpendidikan tinggi, Jalal sentiasa sahaja kekurangan wang, seolah-olah tidak dirahmati rezekinya. Berterusanlah keadaan itu hingga dia berumahtangga. Keadaan menjadi semakin buruk apabila Jalal meletakkan jawatannya di sebuah = syarikat swasta. Hasratnya adalah untuk mencari rezeki yang lebih banyak di syarikat lain, namun
nasibnya bukan sahaja tidak berubah, malah menjadi semakin parah. Walau di syarikat manapun yang Jalal bekerja, dia akan menghadapi masalah yang seterusnya membawa kepada dia
meletakkan jawatan. Dalam kegawatan itulah Jalal mula meminjam wang daripada sahabat-sahabatnya. Selepas sekian lama hutangnya semakin banyak, namun dia masih tidak = mampu melunaskannya. Rumahtangga Jalal mula kucar-kacir dan akhirnya mereka bercerai. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, Jalal mendesak ibunya = supaya mencagarkan tanah mereka di kampung kepada
bank. Tanah seluas 12 ekar = itu ditinggalkan oleh bapa mereka yang meninggal dunia tiga tahun sebelum itu.

"Emak, saya nak tanah tu. Bank dah setuju nak kasi
RM500,000. Saya nak = duit tu buat berniaga," katanya
kasar.

"Jalal, engkau ni dah melampau. Itu tanah adik-beradik kamu," jawab si = ibu.

"Ahhh, saya tak kira."

"Jalal, emak tidak benarkan. Emak tau, duit tu nanti bukannya engkau nak buat berniaga, tapi nak bayar hutang," jawab ibunya.

Bukan sahaja ibunya, malah semua adik-beradik Jalal tidak membenarkannya mencagarkan tanah tersebut kepada bank. Jalal pulang dengan hati kecewa. Namun dia masih bertekad untuk mendapatkan tanah berkenaan walau dengan = apa cara sekalipun. Suatu hari, Jalal datang
ke rumah ibunya. Beberapa orang adik-beradiknya ada di situ. Sekali lagi pertengkaran berlaku dan = berakhir dengan tragedi yang amat menyedihkan. Ketika kemarahannya sampai = kemuncak, Jalal menolak ibunya sekuat-kuat hati menyebabkan kepala ibunya = terhantuk di pintu. Darah dari luka terpalit di pintu sedang ibunya terjelopok di = lantai, rebah tidak sedarkan diri. Si ibu segera dibawa ke hospital sementara Jalal puas hati kerana dapat melepaskan kemarahannya. Akibat pendarahan otak = yang serius, ibunya meninggal dunia tanpa sempat melafazkan keampunan kepada Jalal.
Bermulalah azab dalam hidup Jalal. Kira-kira seminggu selepas kematian ibunya, Jalal dikejarkan ke hospital kerana jatuh sakit secara tiba-tiba. Apa yang membingungkan ialah doktor gagal mengesan penyakit yang dihadapinya.Jalal sebaliknya meraung, menjerit,meronta dan menggelepar kesakitan. Dalam raungannya itulah dia meminta ampun kepada arwah ibunya kerana tidak sanggup menanggung azab yang pedih.Berterusanlah keadaannya selama beberapa hari hingga
saya dipanggil. Dalam waktu itu, doktor dan jururawat tidak dapat berbuat apa-apa kecuali mengikat Jalal di katil dan menyuntiknya dengan ubat pelali untuk menidurkannya.

"Kalau begitu kisahnya, saya cuba cara lain," kata saya.

Di samping ayat-ayat suci al-Quran, saya membacakan surah Yassin = untuknya. Namun apabila dibacakan saja ayat suci itu, Jalal menjerit kepanasan. Tubuhnya menggeletik dan menggelepar kesakitan.

"Aduh panasnya! Emak, ampunkanlah saya emak! Jangan bawa saya ke situ = emak, panas. Jangan bawa saya ke situ. Saya tak mau, sakit, sakit. Tolonglah = saya emak, ampunkan saya, saya bersalah."

Jeritan Jalal itu meruntun hati saya. Apakah yang dimaksudkannya dengan = 'ke situ'? Kenapa Jalal tidak mahu dibawa 'ke situ' dan apa yang dilihatnya = di situ? Akibat tidak tertahan panas, tubuh Jalal terpaksa dibogelkan. = Tangan dan kakinya terus diikat ke katil. Selepas puas mencuba tapi keadaan = Jalal masih tidak berubah, saya meminta diri untuk pulang. Satu ingatan saya tinggalkan kepada mereka, "Jika Jalal masih hidup selepas zuhur ini, insya-Allah nyawanya masih panjang. Kalau tidak..." Ketika itu lebih = kurang pukul 10 pagi.

Saya tinggalkan mereka, namun sedang saya memandu,telefon bimbit saya berdering.

"Ustaz! Cepat ustaz, adik saya dah nazak," kata si abang.

Saya berpatah balik dan apabila sampai di katilnya,saya lihat Jalal = begitu tenat. Nyawanya seperti sudah di penghujungan. Keluarganya semakin cemas sambil air mata tidak henti-henti mengalir. Saya bacakan Surah al-Asr, = Surah al-Falaq, Surah an-Naas serta asma ul husna. Alhamdulillah, Jalal berhenti meraung dan menggelepar. Keadaan senyap seketika.
Masing-masing beristighfar dan membaca ayat-ayat suci al-Quran. Terbayang kelegaan di wajah mereka.Tiba-tiba, ketenangan itu dipecahkan sekali lagi oleh jeritan Jalal. Dia mengerang sambil tubuhnya kejang menahan kesakitan, mata terjegil seperti hendak terkeluar dan dalam satu detik yang serentak juga najisnya terpancut keluar. Bertabur membasahi seluarnya. Bau najis menusuk hidung kami. = Maha suci Allah, keadaannya adalah seperti sesuatu yang berat menghenyak = perutnya yang mengakibatkan nyawa, roh, najis, organ-organ dan segala-galanya = yang ada di
dalam tubuh terhambur keluar secara serentak. Di bahagian atas, semuanya seperti hendak terpancut
keluar hingga mata Jalal tersembul sementara di bahagian bawah, kakinya kaku dan najis berhambur
memancut-mancut. Cukup aib dan menyedihkan. Pakaian dan katil basah = dengan air mata, peluh serta najisnya. Selepas 'rentapan' itu, Jalal tidak bernafas lagi. Degupan jantungnya berhenti dan dia pergi menghadap Allah SWT = untuk menerima balasan amalannya. Tamatlah riwayat seorang anak derhaka.

Saya cuma mampu melihat dengan gementar sementara keluarga Allahyarham menangis dan berpelukan sesama sendiri. Yang perempuan terpaksa keluar kerana tidak sanggup melihat mayat adik mereka. Demikianlah sakaratulmaut datang menjemput Jalal. Seperti yang dijelaskan di dalam al-quran dan hadis, ia datang dengan menyentap, merentap dan merenggut nyawa Jalal tanpa ada kasihan belas. Sudah berpuluh-puluh tahun saya menguruskan jenazah dan melihat orang menghadapi saat kematiannya, namun pengalaman menyaksikan sakaratulmaut menjemput Jalal cukup memilukan hati saya.

Kesengsaraan yang ditanggung oleh Jalal sudah berakhir, namun mayatnya meninggalkan keaiban yang amat sangat. Matanya terbonjol seperti hendak terkeluar sementara giginya menyeringai. Dari kerut wajahnya, jelas sekali Allahyarham baru sahaja menanggung kesakitan dan azab yang amat pedih. Saya cuba pejamkan mata Allahyarham, namun gagal. Kelopak mata tidak berupaya untuk menutup biji matanya yang tersembul itu. Cukup mengerikan kerana hanya mata putih sahaja yang kelihatan. Ikatan di kaki dan tangan Allahyarham dileraikan = dan tangannya dikiamkan. Kaki Allahyarham dirapatkan, namun sekali lagi saya menyaksikan keaiban kaki Allahyarham tidak boleh dirapatkan kerana duburnya terpancut keluar dan membonjol di celah kelengkangnya.

Saya menenangkan mereka supaya bersabar dan reda dengan apa yang telah terjadi. Selesai membersihkan tubuh Allahyarham,jenazah dibawa turun kerana keluarganya mahu
menguruskan jenazah tersebut di rumah mereka di salah sebuah taman perumahan di sebuah negeri di pantai barat semenanjung. Rupa-rupanya keaiban belum berakhir. Sebaik sahaja van yang membawa Allahyarham keluar dari perkarangan hospital, tiba-tiba keempat-empat shock absorbernya patah secara serentak. Van yang cuma membawa lima orang, mayat yang badannya sederhana sahaja, dua orang abang dan kakaknya, pemandu serta seorang pembantu, boleh patah shock absorbernya? Kelindan van bergegas memanggil kami.

Maha suci Allah, Tuhan yang Maha Besar,apabila hendak dikeluarkan dari van, jenazah itu kami rasakan teramat berat hingga terpaksa diangkat oleh kira-kira 15 orang. Selesai masalah itu, satu lagi masalah timbul - tidak ada van atau kereta yang berani untuk mengangkat jenazah tersebut. Kebetulan sebuah lori kosong yang mengangkat tanah, pasir ataupun kelapa sawit lalu di tempat kejadian. Dengan lori itulah jenazah dibawa pulang ke rumahnya. Apa yang membingungkan kami ialah walaupun mayat berkenaan terlalu berat, tapi kayu penusungnya tidak pula patah. Lori bertolak ke rumah Allahyarham sementara saya pula memandu pulang ke rumah. Saya dimaklumkan bahawa Allahyarham dikebumikan di sebelah kubur ibunya. Namun diceritakan juga kepada saya bahawa tanah yang ditambun ke atas kuburnya tidak mencukupi. Untuk mengelakkan kubur Allahyarham berlubang, tanah lain terpaksa diambil dan ditambun ke atasnya.

Tiga hari kemudian, saya menerima panggilan telefon daripada keluarga Allahyarham.

"Ustaz, saya nak minta pertolongan dan pandangan daripada ustaz."

"Apa masalahnya itu?" tanya saya.

"Kubur adik saya berlubang ustaz."

Masya-Allah, demikian sekali keaiban yang Allah tunjukkan kepada anak = yang derhaka kepada ibunya. Menurut abang Allahyarham, kewujudan lubang itu disedari sehari selepas Allahyarham dikebumikan. Lubang tersebut bermula dari bahagian tengah kubur hinggalah mencecah kepada papan yang menutup liang lahad. Tambah abang Allahyarham lagi, mereka mengambusnya dengan tanah, namun keesokan harinya kubur tersebut berlubang semula.

"Begini sajalah, cuba masukkan sekali kayu atau papan ke dalam lubang tersebut, insya-Allah, tak berlubang lagi," kata saya.

Namun keesokan harinya sekali lagi abang Allahyarham menghubungi saya memberitahu bahawa kubur berkenaan berlubang semula. Apa yang membingungkannya, tanah di kubur arwah ibunya langsung tidak berubah, masih tetap membusut walaupun sudah lebih dua minggu dikebumikan. Bukan itu sahaja, katanya, pokok yang ditanam di kubur ibunya juga hidup segar sedangkan pokok yang ditanam di kubur adiknya mati kelayuan. Pada hari kelima, saya menghubungi abang Allahyarham.

"Begini sajalah," kata saya. "Mulai malam ini buatlah majlis Yassin dan tahlil. Panggil 20 orang dan setiap seorang baca Surah Yassin sebanyak 2 kali. Apabila selesai bacaan Yassin, minta imam bacakan doa supaya diampunkan dosa Allahyarham kepada ibunya. Baca dalam Bahasa Melayu dan ulang doa itu sebanyak tujuh kali." Seperti yang saya nasihatkan, pada malam berkenaan
mereka mengadakan majlis itu. Namun saya diberitahu, imam yang membaca doa tersebut menggigil ketakutan.

Alhamdulillah, pada hari ketujuh, kubur berkenaan tidak lagi berlubang. Peristiwa ini sudah berlaku empat tahun lepas namun masih terbayang-bayang di mata saya. Setiap kali tibanya hari raya aidilfitri, setiap kali itulah peristiwa tersebut menjelma dalam ingatan kerana ia terjadi cuma beberapa hari selepas kita berhari raya. Sungguh menyentuh hati saya, ketika orang sedang bergembira berhari raya, ketika itulah keluarga tersebut ditimpa petaka, si ibu meninggal dunia dan anaknya yang derhaka diazab hingga ke akhir hayatnya.

Kisah ini saya paparkan bukan untuk mengaibkan Allahyarham ataupun keluarganya, tapi supaya kita dapat mengambilnya sebagai pedoman dan iktibar.Doakanlah semoga dosa Allahyarham Jalal diampunkan
Allah.

 


Want to be your own boss? Learn how on Yahoo! Small Business.


Posted at 09:53 am by suhaini
Make a comment  

Seketul Keju dan Sehelai Tuala Kecil


            Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3
            (6.30 pagi) oleh Ustazah Noorbayah Mahmood


      Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan
      tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya.
      Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung
      kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.

     "Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu
       sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di
       tanganmu?"

     Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang
     berlaku padanya :- "Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku
     adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah
     bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku
     menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.

     "Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu
      wahai anakku."

     Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis
     tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam
     neraka.

     Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan
     air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api
     neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana
     kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti
     seketika menahan sebak.

     "Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju
     dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau
     mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk
     menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku
     bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu
     rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang
     hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang
     taat kepada suaminya?

     Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia
     amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu
     seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah
     disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk
     bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya
     sahaja.

     Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada
     di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan
     makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.

     Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang
     dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada
     ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan
     menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin
     membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat
     mentaatimu dan menurut perintah agama.

     Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan
     semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari
     memberi walau setitik air kepada isterinya kerana
     itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang
     dilakukan ketika didunia.

     Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh
     ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna
     tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum
     sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka
     telah menyambar tanganku sehingga melecur.

     Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak
     tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang
     berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis
     itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti
     mengalir dipipi.

     Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak
     tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa
     memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi
     gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar
     menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam.

     Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut
     sembuh.

     Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah.

     Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau
     berikan kepada ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya
     terampun. INSYALLAH"


" WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK
SECEBIS PEDOMAN AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN
 TERHADAP SESAMA MANUSIA..."




Posted at 07:12 am by suhaini
Comment (1)  

Thursday, February 08, 2007
Penantian Mendebarkan Hati Ku

 
Penantian Ku



Sad Debaran mangkin terasa tiap hari ako menghitung hari..Smile. saat yang akan ku lalui pabila ako bergelar isteri.. pada 31 Mar 2007, namun hati kecil ko ini berbisik..sudahkah ako bersedia untuk menerima ini semua..Mudah-Mudahan  dengan izin Allah ako menjadi isteri yg soleha.. InsyAllah.. Amin...

Hanya tinggal sebulan lagi.. ako akan diijabkabulkan dengan seseorang yang ku cintai selama ini.. Persiapan telah ku buat sedikit demi sedikit.. dalam diam2 hati masih berbisik lagi.. akan tanggungjawab yg bakal ako tempuhi apabila bersamanya kelak..Big Smile

Tiap hari ako berdoa kepada yg Maha Esa agar majlis ku ini di rahmatinya dan berjalan dgn lancar.. Ako tak pernah merasakan sebegini rupa..Oh Tuhan apakah dugaan yg ko berikan kepada ku ini..cry

Ako mengharapkan perkahwinana ku ini bahagia sehingga ke akhir hayat kami berdua InsyAllah.. Amin...Setiap hamba Allah yg melalui alam perkahwianan akan merasa pa yg ku rasa ini..ako hanya berserah kepadaNYA yg mengetahui.

Alahamdulilah.. kedua2 org tu merestui perkahwinan ku ini mrk memang tak pernah nak menolak siapa saja yg berkawan dgn ku.. yg selalu diingatkan ialah pandai jaga diri sendiri..bila berkawan dgn org lain.. syukur selama ako berkawan dgn org yg ku cintai semuanya ok.. tiada sebarang masalah yg melanda.. kedua org tu kekasihku pun baik2 belaka.. mrk menerima ku sebagai menantunya.. walaupun ako dah lama kenal mrk..

InsyAllah akan ku bina dan jaga mahligai syurga ku ini dgn org yg ku sayangi selama ini.. ku lah kekasih ku dunia dan akhirat..



Posted at 02:23 pm by suhaini
Comment (1)  

Wednesday, January 31, 2007
Lirik Lagu

Big Smile Pelangi Petang Big Smile

Ku meniti awan yang kelabu
Ku tempui lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
kegelapanku..

Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
membawa harapan yang menggunung
bersamannya...

(Korus)
Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahaya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini...

Sehari waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlaku
Bagai Pelangi Petang kau Pasti..
Pergi Jua...

(ulang Korus)


Posted at 09:52 am by suhaini
Make a comment  

Friday, December 22, 2006
Kejadian Lawak !!!!

Tiga kejadian lawak semasa aku tengah giler-giler dengan
motor. Orang panggil mat rempet le sekarang nih.

Kesah Pertama:
Sewaktu aku berada di Jelutung. Jalan tu kan penuh sesak.
Badan aku agak besar sedikit. Pada hari tu aku menumpang
seorang kawan pergi ke Komtar naik motor kap cai Honda 70.
Dia pun kaki cilok jugak, selit sana selit sini, aku duduk
belakang punye le kecut perut. Sampai satu tempat di mencelah
antara dua kereta, motor lepas, dia lepas, dua2 lutut aku
tak lepas, kedebuk aku terduduk tengah jalan sambil terkangkang,
Semua orang tengok aku, cinabing, macam sami budda duduk
sorang sorang tengah jalan yang penuh sesak dengan kenderaan
lepas tu kawan aku patah balik sambil gelak bagai nak giler.

Kisah Kedua.
Aku menumpang member jugak naik motor pergi town. Sampai
kat trafic light dia pun berhenti. Aku pun teringat pulak
nak hisap rokok. Aku pun turunkan kedua-dua kaki dan berdiri
sikit celok poket nak ambil lighter dalam poket seluar.
Waktu tu lah lampu bertukar menjadi hijau, kawan aku
terus jalan…meninggalkan aku berbiri sambil berjingkit
nak nak ambil lighter di trafic light…siol…aje…
Satu bandar orang yang nampak aku berdiri terkakang
sorang sorang dilampu isyarat…macam ape entah…..gelak pulak
tu dia orang.

Kisah ketiga.
Waktu sekolah tingkatan tiga. Lepas sekolah cepat2 aku
balik ambil motor buruk ayah aku, kerana nak pergi pekan.
Waktu tu kalau boleh bawak motor dah kire grand la tu.
Tujuan aku bukan nak beli barang sangat. Waktu tu leh
awek2 sekolah tengah berlonggok tunggu bas nak balik rumah.
Waktu tu ler aku nak menayang betapa machonye aku, jejaka
idaman mereka, ader motor le katakan. Tapi pada hari
tu kejadiaan yang sangat memalukan telah berlaku. Masa
betul2 sampai depan awek2 tu, aku boleh tak perasan ader
lubang, motor aku pun terlanggar lubang tu, baik nasib tak
jatuh, Aku memang ler tak jatuh, tapi ekzoz motor ayah
aku tu terjatuh, maka dengan itu bunyinye mengalahkan
helikopter, satu malaysia dengar, aku rase macam nak masuk
lubang jamban je waktu tu, nak ditinggalkan ekzoz tu takut
ayah aku marah, nak ambil malu tak boleh nak cakap depan awek2
tu…tapi aku rupenya lagi takut kat ayah aku, terpaksa aku
cari kertas surat khabar dan ambil ekzoz tu. Pas tu
tolak ler motor sampai rumah…. Lepas tu tak mau ngurat lagi

 


Posted at 10:43 am by suhaini
Make a comment  

Next Page


Blogdrive